Pemakanan Lepas Bersalin

Alhamdulillah....perjalanan preggy dipermudahkan...
syukur padaMU YA ALLAH..

Moga dipermudahkan untuk bulan yang mendatang...
dan untuk harini..saya nak kongsikan tips diet sihat selepas bersalin..

untuk info diri sendiri yang bakal melalui proses berpantang untuk kesekian kalinya...
moga info yang dikongsikan dapat dimanfaatkan...tak dinafikan dalam kita sibuk bekerja kadang-kadang hampir terlupa nak cari info untuk menjamin bentuk badan..

apa taknye..sebagai wanita yang bergelar ibu, pastinya dalam sebilang masa kita diperlukan untuk suami dan anak--anak....tapi cara pemakanan jangan dilupa...
.......................................................

 
Produk Susu
yogurt, keju dan susu kaya dengan kalsium menjadi sumber terbaik untuk vitamin B dan D serta protein. Ibu yang menyusukan bayi perlu mendapat kalsium daripada susu untuk menjamin tumbesaran bayi

Beri Biru
Kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan karbohidrat yang baik untuk tumbuh. Dapat memberi tenaga berterusan kepada ibu sepanjang hari. Sangat baik untuk ibu yang menyusukan bayi dalam menambah gizi dalam penyusuan bayi

Telur
Memberi protein harian kepada tubuh badan. Putih telur mengandungi banyak protein yang baik manakala kuning telur mengandungi vitamin D yang memberi zat kepada tulang bayi yang menyusu

Kekacang
Kacang hijau dan merah memberi sumber zat besi serta protein

Beras Perang
Kurang karbohidrat memberi tenaga dan susu kepada ibu. Membantu dalam membakar kaliro serta membantu ibu dari segi pengeluaran susu ibu

Salmon
Sebagai pelengkap lemak DHA yang penting untuk pertumbuhan sistem saraf bayi. Ia juga dapat mencegah tekanan kepada ibu yang baru bersalin

Jeruk
Jeruk dan buah sitrus mengandungi vitamin C yang menjadi sumber penting kepada tubuh terutama yang menyusukan bayi 

Sayuran Hijau
Bayam, brokoli dan bok choy (sawi senduk) kaya dengan kalsium, vitamin A dan C, zat besi serta antioksidan yang baik untuk ibu selepas bersalin

.....................................................

Masih lagi tertanya dalam kotak fikiran saya...betul ke telur boleh makan dalam pantang...ada sedikit keraguan...takpe..ilmu perlu dicari gali....

Sape taknak badan langsing selepas bersalin kan...dan termasuklah diri saya...so kena rajin dan disiplin...dan lagi satu..senaman jangan sesekali dilupa...badan sihat...otak cergas...susu badan pun meriah...

Labels: