Rawatan Ketidaksuburan


Pasti ada di antara rakan-rakan kita yang sering bersedih....kelihatan sunggul...tak ceria..
bila ditanya...ratanya merasa kegusaran kerana tidak mempunyai cahayamata..

Sesungguhnya amanat dan rezeki itu datangnya dari ALLAH SWT..
namun kita hanya mampu berusaha...doa dan tawakal...
dan tentunya setiap masalah itu ada penyelesaiannnya..

Saya tertarik melalui pembacaan mengenai 
Persatuan Teknologi Reproduktif Malaysia (MSART) dengan sokongan Merck Serono 
yang melancarkan kempen "Hope for a Child".. jangan segan nak click yea... 

www.fertilityasia.com.my
Kempen yang dijalankan ini selari dengan usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap permasalahan yang sememangnya dekat di hati pasangan yang berkahwin...

Moga kempen yang dilaksanakan ini dapat memberi pendedahan mengenai masalah ketidaksuburan dan kepelbagaian maklumat mengenai tahap kesihatan...jangan berputus asa sebaliknya pasangan digalakkan untuk mempertimbangkan mengenai rawatan IVF dan berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan nasihat perubatan yang sesuai serta panduan untuk menjalani rawatan demi mendapatkan cahaya mata...

Secara tak langsung..kempen ni mengambil pendekatan menyeluruh demi manfaat pesakit yang tidak subur..
dan kini pelbagai tanggapan yang salah mengenai ketidaksuburan dan ianya kekal di minda kebanyakan pasangan berikutan tahap kesedaran yang rendah mengenai pilihan rawatan..

Kepada kawan-kawan di luar sana...berusaha selagi daya...dapatkan sumber maklumat yang tepat mengenai ketidaksuburan, rawatan yang sesuai, sokongan semasa rawatan dan pengesan lokasi pusat kesuburan di laman web fertilityasia.. 

Di sini objektif utama adalah untuk mengubah kehidupan pasangan yang menginginkan zuriat menjadi lebih baik dan memberi harapan kepada pasangan yang tidak subur memulakan keluarga impian..

Dan yang penting...jangan risau sebab MSART terdiri daripada sekumpulan ahli profesionaljagaan kesihatan dan individu yang terbabit secara langsung dengan pengamalan teknologi reproduktif bantuan...



DIA lebih mengetahui apa yang dikehendaki..oleh itu jangan cepat putus harapan..semua perkara yang terjadi mesti bersebab...cabaran dan ujian yang mendatang harus ditempuhi dengan sabar kerana DIA amat menyayangi hambaNYA...

Labels: