Resepi Donut Simple..Lebut dan Gebu

Teruja gak nak buat di bulan puasa ni...
tapi 1st trial ni nak buat bulat-bulat je...
mulanya masa proses menguli...cuak gak..takut dari segi rasa tak menjadi
dalam hati berdoa agar dipermudahkan dan harap sangat menjadi..
biar rupa kurang tapi rasa ok...

so dengan bantuan Mr Google..
me pun jengah kat Dapur MamaSya

Teruja sangat bila masuk dapur MamaSya
Macam-macam resepi ade...pilih je...
dan antara rajin dengan tak je nak buat..hehehe...

Bahan pun simple...tambah menarik je tengok donut yang terhasil....
takmo fikir panjang....
takcaye meh tengok senarai Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu mentega besar
6sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3sudu besar susu pekat manis
1 paket yis@mauripan
1 biji telur

Cara Membuat:

Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam. Kacausupaya gula larut, masukkan yis, kacau lagi dan biarkan selama 10 minit.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan mentegayang dicampur telur tadi. Kacau.
Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu, biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat (adunan memang agak lembik).
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai, tekan acuan donut yang telah dicelup sedikit tepung. (untuk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana.Alih selalu agar warna sekata, setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
Tabur gula caster@hias dengan coklat cair dan tabur dengan coklat rice. Cairkan mentega dan ketepikan.


Terlebih goreng....hehehe...

Seronok bila try...pastu jadi...Syukur Alhamdulillah... 

Labels: ,