Resepi Tepung Pelita...Simple..Mudah

Masa bujang selalu dok beli kat PARAM..
so bila dah berkeluarga...me try buat..
rasa simple dan bahannya pun tak genyah sangat...
terima kasih MamaZN..
atas perkongsian resepi ....

Lapisan bawah (color hijau):

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nanti pahit

Lapisan atas (color putih):

4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
 sedikit garam

Cara membuatnya:

 Bancuhan lapisan bawah...........

[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat 
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap

kemudian......bancuhan lapisan atas

[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
[5] Kacau sehingga sebati
[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat  
(hingga nampak adunan meletup letup buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
 [7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
  [8] Sejukkan

Sedikit comot....tapi rasa boleh tahan
Alhamdulillah...berjaya akhirnya...
paling best bila letak dalam fridge...segar je rasa kat tekak waktu makan...
tambah dengan keharuman bau pandan...

Selamat Mencuba ya!

NOTA: 
Sedikit tip untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih

 - mudah sebenarnya nak buat kuih....mesti ada kesungguhan dan rajin - 

Labels: ,