Pancing Anak Jadi Pintar

Anak-anak amat memerlukan persekitaran yang terbaik 
untuk merangsang tumbesaran..
Memberi rangsangan yang tepat dan berterusan merupakan 
antara yang bijak dalam menyokong perkembangan anak kecil 
secara fizikal atau mental..

Sejak dalam kandungan lagi bayi sudah mula menerima rangsangan
 ke atas sel motor halus...
untuk itu ibu bapa perlu sedar seorang bayi yang berumur dari 0 - 4 bulan 
bukan hanya mampu untuk minum susu ibu dan tidur sahaja..
malahan mereka sudah boleh dibentuk untuk menjadi seorang yang pintar

Jom kita atur permainan yang menyeronokkan 
mengikut kesesuaian peringkat umur anak..

0 - 8 Bulan
Mainan Bergerak dan Bergantungan
kebanyakkan permainan jenis ini digantungkan di katil bayi. permainan yang pelbagai bentuk 
dan warna mampu menarik minat anak. nampak pasif tetapi permainan ini hebat dalam 
merangsang deria penglihatan, menjadikan bayi lebih fokus, menajamkan kemampuan 
kognitif serta koordinasi di antara mata dan tangan, atau kaki dan mulut.

0 - 12 Bulan 
Bercermin
Membiarkan anak melihat diri di dalam cermin memberi impak yang positif dari 
segi mental. Malahan, bercermin akan membuatkan anak fokus ke arah sesuatu objek, 
mengesan perhubungan sosial di samping memahami diri secara fizikal.

1 - 3 Tahun
Menari
Pilih alunan muzik yang ringkas  dan mampu menggembirakan untuk merangsang anak menari. Menarilah bersama dengan anak. Kelebihan rangsangan ini menjadikan anak lebih peka mengesan pergerakan, meningkatkan keseimbangan serta meningkatan emosional dan sosial.

4 Tahun
Mengayuh Basikal
Memantapkan keseimbangan tubuh anak di mana melalui berbasikal dapat membantu dalam mendapatkan kekuatan fizikal.

Mudah je kan....Anak happy....Ibu bapa senang hati...

Labels: