Selamat Menyambut Aidil Adha 1435/2014 dari saya sekeluarga..
Semoga Hari Raya Aidil Adaha ini memberi sejuta keinsafan bagi kita semua
Bagi yang memandu, sila berhati..hati di jalanraya..
Ingatlah yang tersayang ..
Pandu Smart!
|
Salam Raya Korban dari #kelabbloggerbenashaari |
Meh nak sharing info sikit...
Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya
yang sakit
juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang
terpaksa bangun
di tengah malam membancuh susu untuk anaknya.
Walaupun
nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan
jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredaan Allah
semata-mata.
Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal
mewujudkan
suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah
masyarakat.
Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan
mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.
Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis
perasaan
mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat
Islam kuat
serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari
mempengaruhi masyarakat.
Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah
yakni, bagi mendapat keredaan
Allah semata-mata, bukan dengan tujuan
bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.
Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan
pengorbanan.
Memetik kata-kata seorang cendekiawan:
“Isteri jadilah Siti
Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi
Ismail".