Khalish dan Khaleef Bersama Rekaan Uji Minda

Weekend lepas sempat ke Malaysia Islamic Children's Fair..
bertempat di Shah Alam Convention Centre...
seronok gak bawak Khalish & Khaleef..
banyak jugakla saya dapat information tentang pendidikan awal anak anak..

Memula sampai je terus nampak Bas Pintar...nampak menarik...tersergam kat depan SACC..
terus ajak anak anak naik...tak pernah pun hero hero ni naik bas...
tertanya jugak dalam hati...ape la yang dok ada dalam bas ni..
tulis pulak kat bas...Inspirasi Masa Depan..cam best je bunyi kan...


Bas Pintar...teruja bila nampak dari luar..

Bila dah naik...tu diaaaaa...teruja Khalish...
Khaleef pun sama...saya pun sama gak..hahaaha...sesuai sangat kandungan bas untuk anak anak...
puasla Khalish dan Khaleef try mana yang tertarik dek pandangan mata...
kanak kanak diberi kebebasan nak try apa jua rekaan..mana yang tak tahu akan dibantu oleh 
petugas yang ada..

Zaman kekecik saya dulu tak berkesempatan nak rasa semua ni...so rezeki anak anak..
yelah..zaman makin maju...canggih..dan fikiran anak anak pun semakin genius...
part yang ni memang saya akui...

Pelbagai rekaan menguji minda ....


Khalish try permainan robotik....      








marah betul Khaleef bila diusik...

banyak IQ test disediakan untuk anak anak.. 

Sememangnya pendedahan mengenai IQ perlu untuk perkembangan minda anak anak..
di sini peranan ibu bapa sangat penting...terokailah peluang yang ada..
sebab kalau nak pergi yang berbayar...rasanya agak mahal...
so mana yang free memang saya tak lepaskan peluang..
dan yang free tu bukanlah selalu ada..
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,