Kisah Saya Di Utusan Malaysia

Dah lama niat nak berkongi pengalaman bersama teman..teman..
berkongsi dalam KisahPondokKecil semestinya...
perkongsian yang tiada hentinya...penyusuan susu ibu..
kalini memang berniat nak kongsi bersama pembaca setia Utusan Malaysia..

Saya memang sangat obses dengan penyusuan susu ibu...
'titisan emas' yang tiada nilainya bagi saya...ilmu yang sentiasa saya cari gali tak kira masa..tempat...
 niat dan azam yang saya simpan sejak mengandungkan anak yang pertama...

Masa memula dulu...memang zero la bab ilmu penyusuan ni...buta terus..
tapi bila ada kawan kawan sekerja yang jadi pemangkin semangat...berkongsi pengalaman tanpa jemu..
saya terus jatuh cinta dengan dunia penyusuan..

Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT...dan dengan limpahan rezeki ini jualah..
saya diberi kekuatan untuk menghulurkan bantuan pada yang memerlukan...
Alhamdulillah..sokongan Mr Hubby menjadi kekuatan bagi saya...
pada yang belum pernah baca tentang anak susuan saya..
saya pernah kongsikan  di SINI dan juga di SINI
bukanlah niat untuk membanggakan diri..sekadar perkongsian dan cebisan 
catatan perjalanan hidup saya..untuk tatapan anak anak kelak..

Buat teman teman seperjuangan...teruskan 'titisan emas' buat anakanda tercinta..
itulah kelebihan yang ada pada insan bergelar ibu...jangan cepat putus asa...
dan jangan sesekali menyerah...dan pada yang berkemampuan...berkongsilah pada yang memerlukan..

Dan jangan lupa baca Utusan harini ya...saya kongsikan tentang anak susuan..
lebih dari ini sebenarnya saya nak kongsikan... tapi apakan daya...ruangan terhad..
hehehe...hehee...

Utusan Malaysia ...13 Nov 14
Dan diakhir artikel ada nyatakan tentang sesiapa yang inginkan bekalan@stok susu..
terdapat sedikit kesilapan disitu..
sebenarnya lebih tepat kepada sesiapa yang inginkan info tentang penyusuan susu ibu..atau yang sudi berkongsi...bolehla singgah di KisahPondokKecil...

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,