Tak Baik Cela Makanan

Kadang..kadang...bila tak suka sesuatu menu tu...
mesti mulut ni ringan je nak cakap tak sedap..Subhanallah...
tanpa memikirkan rezeki itu datangnya dari Allah SWT..betapa rasa tak bersyukurnya 
di atas nikmat yang telah diberikan oleh DIA...Allahuakbar...

Bila terbaca kisah Umar Al-Khataab...terkesan sangat..
beliau tak pernah mencela makanan seumur hidupnya..jika suka makanan yang dihidangkan..
beliau akan makan dan jika tidak...beliau tak pernah mencela makanan..

Pernah suatu ketika seorang pelayan Umar bernama Aslam menguji kesabaran beliau..
segelas susu masam dihidangkan kepada beliau..ketika Umar minum susu tersebut..
wajah Umar berubah..Aslam menjangkakan yang Umar akan mencela susu tersebut..

Malahan Umar berkata:
"Duhai betapa lazatnya rezeki Allah STW ini"
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab al-Zuhd)

Seburuk manapun makanan...ia adalah rezeki daripada Allah SWT..
hargailah dan tidak sepatutnya diperlekehkan...seolah...olah 
kita menghina pemberian daripada Allah SWT...


Bukan hanya bersyukur kerana makanan...kita perlu bersyukur dari semua segi..
punya keluarga..paras rupa..pakaian...rumah..pasangan...
hargai apa yang ada...apa yang diberikan...jangan sesekali mencela...
sebabnya akan meninggalkan sesuatu yang negatif pada hati dan diri..

Perlu sentiasa bersyukur kerana rezeki Allah SWT itu luas..datangnya dalam pelbagai bentuk..
Allah SWT berjanji pada hamba-Nya yang sentiasa bersyukur...walaupun sedikit..
maka Allah SWT akan menambah pemberian-Nya...

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , ,