Wall's Paddle Pop dan Legoland® Malaysia Resort Catat Sejarah

Tahniah diucapkan pada Wall’s Paddle Pop dan LEGOLAND® Malaysia Resort
sebab telah tersenarai dalam Buku Rekod Malaysia setelah berjaya memecahkan rekod
“Himpunan Lukisan Terbesar oleh Kanak-Kanak” yang berbentuk Hand Prints..
menarik sangat sangat...sebab tangan kanak kanak sangat comel kan...

tu dia Khalish...bersungguh...

Seramai 725 orang kanak kanak telah berjaya memecahkan Buku Rekod Malaysia..
jangan tak tahu..Khalish pun menyumbang tau.. ibu tumpang bangga...
sebab anak ibu layak meraikan Hari Kanak Kanak Sedunia...

Sangat unik aktiviti yang dilaksanakan dimana semua kanak kanak dikehendaki 
“mewarnakan” ikrar melalui hand prints dan secara tak langsung membuktikan bahawa 
mereka mahu melakukan pelbagai perkara menyeronokkan sebagai kanak-kanak..yelah..
zaman sekarang ni skop pembelajaran terlalu luas dan seharusnya diimbangi dengan keseronokkan..
jangan stress kan anak anak anda ya..

colorful....cantik sangat.....

Dalam program ni..semua jubin yang mempunyai cetakan tangan setiap kanak-kanak 
tersebut dihimpunkan untuk memecahkan rekod himpunan lukisan terbesar yang 
berukuran 12.27 meter kali 7.53 meter (40.26 kaki kali 24.7 kaki)...Catatan ni sekaligus
memecahkan rekod terdahulu iaitu 9.75 meter kali 5.48 meter (32 kaki kali 18 kaki).

 “Hari Kanak-Kanak Sedunia mengingatkan kita bahawa kita perlu mencipta peluang 
untuk kanak-kanak membesar secara semula jadi -  penuh keseronokkan, keterujaan, 
penerokaan, imaginasi dan tenaga yang tiada batasan.” 
- Mr Shawn Tan - Ketua Kategori Wall’s Ice Cream, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd

kanak kanak ...sentiasa mewarnai suasana...

Dan program  ini juga berjaya mengumpulkan lebih daripada 400 kanak-kanak kurang bernasib 
baik dari rumah anak yatim di Johor untuk bersama menikmati pengalaman di 
taman tema yang menyeronokkan … LEGOLAND® Malaysia Resort..

Program ni jugak menyokong tagline Paddle Pop 
“Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak”…
....bestkan jadi kanak kanak…
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , , , , ,