Best Ke Permainan Gelang Getah

Masa balik kampung...Khalish terjumpa permainan baru...
baru bagi Khalish sebab saya tak pernah belikan...tapi dah lama berada di pasaran..
tak pernah belikan sebab nampak tak menarik...tapi bila fikir balik ..
permainan ni sure kena ada daya kreativiti yang tinggi...
Maaf Khalish....bab kreativiti ni ...ibu agak kurang sedikit...
Loom Bands Rainbow...serious...tak reti nak gayakan permainan ni...

susun sesuka hati....

kemain teliti lagi ni ha...

Ade takde...saya susun ikut susunan warna....time tu tak dan dah nak google..
mana yang terfikir je buat...hehehe...sory ye Khalish...
Bila ada masa baru cari gaya permainan ni..macam susah pun ada...
belum try dah rasa susah...camno tu...
tapi yang tak best bila terbaca ada kesan bahaya gak getah color ni...adooyaiii...
tak tau la pulak sejauh mana...

Dari carian google ...
gelang getah Loom Band ini menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja di Britain dan Amerika Syarikat tetapi loom band ni ditarik balik penjualan nya oleh United Kingdom selepas didapati mengandungi bahan kimia karsinogenik 


“Kita ada Peraturan Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Walaubagaimanapun, masalah dengan pengawalan loom band di Malaysia adalah ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif persatuan itu, 
Ratna Devi Nadarajan yang juga Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
“Jika produk itu di bawah kategori mainan, tindakan boleh diambil. Tetapi ia masih tidak jelas kerana loom band adalah aksesori dan tidak bertujuan untuk dimasukkan ke dalam mulut,” katanya.“Ia menjadi satu risiko apabila kanak-kanak tertelan produk itu. Di Kesatuan Eropah dan United Kingdom
pihak berkuasa secara terang-terangan boleh mengenakan larangan kerana mereka telah 
mengharamkan produk yang mengandungi sejumlah phthalates. 
Malaysia tidak mengambil tindakan seperti itu,” kata Ratna.
“Manifestasi kanser dan gangguan endokrin akibat terdedah kepada bahan kimia tersebut akan lebih nyata setelah tempoh waktu yang lama. Ia juga bergantung kepada status kesihatan orang yang terdedah kepada dengan kimia itu,” kata beliau, sambil menambah bahawa mesin tenun loom band masih boleh didapati di pasar raya di negara ini. 



Apa Itu Karsinogenik? 
Mungkin anda pernah mendengar istilah karsinogenik ini? Atau pernahkah anda dinasihatkan untuk tidak memakan atau memakai suatu produk kerana boleh menimbulkan kanser?Sebenarnya apa itu karsinogenik dan apa saja contohnya? Karsinogenik adalah bahan yang menyebabkan kanser atau meningkatkan risiko timbulnya kanser. Kanser sendiri terjadi akibat perubahan (mutasi) gen (DNA) dari sel-sel tubuh sehingga berkembang menjadi sel abnormal yang tidak akan mati dan tumbuh tanpa boleh dikawal. Bagaimana karsinogenik menimbulkan kanser? Karsinogenik menimbulkan kanser boleh secara langsung, iaitu bahan tersebut menyebabkan perubahan atau mutasi pada DNA sel tubuh dan secara tidak langsung dengan cara mencetuskan pembahagian sel secara cepat sehingga akibat terlalu cepat tersebut terjadi kegagalan mencipta sel yang sempurna dan sel kanser pun timbul.

Macam banyak bahaya pulak...terutamanya yang ada baby..takut termasuk dalam mulut...
Apa pun terpulang pada individu..kalau main bersama anak anak...pantau setiap pergerakan...
takut terlepas pandang..dan kalau boleh cegah sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku..
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Sumber: SINI

Labels: , , , , ,