JOM JOIN SEGMEN SAYA: Ambillah iktibarnya

Tertarik untuk saya join segmen Azimah..lame dah tak rajin camni...
sambil memanjangkan ukhuwah...kita support segmen kengkawan...
seronok bila dapat tambah kenalan baru di alam maya..

Tertarik nak join Segmen Azimah sebab lain dari yang lain.... 
Tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2014

Jangan hanya cantik dipandang....
.................................

Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat 
panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. 
Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. 
Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.


Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga
 penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan 
membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. 
Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.


Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung
 jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu 
dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain
 untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi 
tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...

Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya
tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju 
dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, 
boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya 
tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.

....................................

Dari cerita di atas...saya kena bagi komen dalam bentuk iktibar....
dan pada pendapat saya..

Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang Maha Agung yang telah menciptakan manusia 
dan menyempurnakannya..sebaik..baik kejadian...Manusia juga diberi akal fikiran dan 
kewarasan sebelum melakukan sesuatu samada mendatangkan kebaikan ataupun keburukan..
Usahlah kita melanggar fitrah yang telah ditetapkkan kerana perlanggaran itu boleh 
membawa kepada kemudaratan yang besar seperti yang terjadi pada umat Islam kini..
kerana Janji Allah SWT itu pasti.
Dan saya juga percaya bahawa setiap dari perbuatan yang dilakukan oleh kita 
merupakan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT...
Dia yang mengerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu...dan begitu juga dengan rezeki.
Setiap dari kita menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur untuk mencari 
rezeki...berusaha mencari rezeki...ikhlas dalam niat dan dilaksanakan dengan 
mengikut jalan-jalan yang halal merupakan ibadah kepada Allah. Jangan sesekali tamak...
sebab Allah SWTadalah pemberi rezeki...melalui rezeki juga dapat menguatkan 
akidah seorang muslim...Janganlah sesekali kita lupa kepada Allah SWT 
apabila kita telah mendapat nikmat dariNya.
Dan setiap dari kita juga perlu kikiskan sikap tamak yang ada dalam diri..
perlu ingat bahawa tak semua ada ada di depan mata adalah milik kita dan adakalanya kita lupa ...
dalam mencari harta kekayaan dunia...ada juga sebahagiannya merupakan hak orang lain....
bersyukur dengan apa yang ada...dan tak semua milik kita itu akan kekal untuk selamanya...
Wallahu A'alam... 
 Semoga Allah yang Maha Agung menyatukan umat Nabi Muhammad SAW.
Segala puji-pujian bagi Allah yang Maha Agung.
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,