Baru Tahu Buah Keranji Wujud

Sebelum ni pernah dengar pantun..'buah keranji dalam perahu'
tapi seriously tak tahu menahu yang buah keranji wujud...
bila sembang dengan rakan sekerja...kebetulan nak balik Kelantan..terus Sal kirim
comel rupanya buah keranji ...bulat dan mempunyai ukuran diameter kira-kira 2cm..
berwarna hitam dan rapuh..isinya pulak berwarna oren..

ginilah rupa buah keranji..

ni pulak isi dalam...

Rasa buah keranji ni masam manis...best layan kalau time ngantok....
confirm segar...takdela masam sangat...
ada terbaca dalam satu artikel mengatakan buah keranji ni susah gak nak dapatkan..
kena panjat pokok dan kerja memetik buah keranji ternyata memerlukan kesabaran...
kecekalan dan kemahiran yang amat tinggi.....kelalaian yang sedikit terutama ketika
 memanjat pokok menyebabkan nyawa sendiri menjadi taruhan...
untuk pengetahuan..
pokok keranji yang mengeluarkan buah berada pada ketinggian antara 30 hingga 50 meter...
gayat pulak bila membayangkan..
dan kebiasaanya tangga dan sebilah parang untuk ambil buah keranji ni...

di negara-negara Arab pulak...mereka percaya yang buah keranji mampu turunkan kolesterol 
caranya makan tiga biji sehari... 

so lepas ni...kalau nak beli buah keranji janganlah berkira sangat..tak mahal pun...
sebungkus tu dalam RM10...
bila terbaca betapa sukarnya dan petik buah keranji ni... 
terfikir kudrat dan kesukaran yang ditempuhi oleh pencari buah keranji... 


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,