Jejak Kaki Ke Star Wars Miniland LEGOLAND®

Story pasal LEGOLAND® tak abis lagi...dan memang tak bosan nak citer pun...
sapa yang penah pegi...akan rasa nak pegi lagi...dan yang tak penah pegi...
akan teruja...tu yang boleh Sal katakan...

Dan kalini nak story pasal LEGO Star Wars Miniland...
masa nak tunggu turn masuk....dalam hati dah tertanya dah...menda la yang dok 
ada dalam ni...bukan minat sangat pun tengok Star Wars sebelum ni...
tapi tetap nak masuk...hati meronta nak masuk...masa ni Khalish jadi peneman..
Mr Hubby kena dok kat lobby hotel sementara nak tunggu check in...
so Khaleef dan Khalaf dok kat hotel main LEGO..

dan bila dah masuk...tu dia..tercengang sungguh Sal...kagum sangat sangat...
tak caye tengok gambar ni...








Semua binaan model menggunakan LEGO....perghhhhh....
Suka pulak tengok gelagat Khalish yang pada mulanya memang tak nak masuk..
bertarik tangan kat luar tadi dok pujuk ajak masuk...dah masuk...dia yang excited..
antara tarikan yang best kat Star Wars Miniland...boleh tekan button yang disediakan dan
akan keluar sound effect yang pelbagai kat binaan LEGO...ada yang keluar cahaya lampu..
bergerak...berpusing...keluar asap...warghhhh...ini yang membuatkan Khalish sangat teruja...
semua button dia dok tekan...kena tunggu button hijau ya...baru boleh tekan...




Untuk makluman..setiap episod binaan LEGO kat dalam ni ada disertakan dengan
 info lengkap...so memang mudahla nak tau tentang setiap binaan yang ada..
dan jangan tak tau semua binaan LEGO kat Star Wars Miniland menggunakan lebih
daripada 1.5 LEGO bagi 1,122 binaan model.....bayangkanla betapa perlunya
kesabaran yang tinggi nak buat setiap binaan model...
kalau LEGO tu jenis yang besar takpela jugak...Syabas LEGOLAND®...
ternyata memberi kepuasan yang tidak terhingga terhadap pengunjung yang hadir... 



Masa nak keluar...ade gak disediakan kedai cenderamata...tak sempat nak tengok
dan singgah sebab dok berkejaran dengan Khalish...cuak gak kalau dia nak beli...hehehe..
dan sebelum balik ke hotel untuk check in...sempatla bergambar kejap..




Kalau nak gambar dan info lebih best...boleh jengah kat Blog Abah Careno..
rasanya lebih teruja sebab angle gambar dia memang superb!
dan untuk info lanjut boleh layari Star Wars Miniland LEGOLAND®


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , , ,