Kembali Ke LEGOLAND® Malaysia Resort

Alhamdulillah...niat nak bawa anak anak sekali lagi tercapai...
sebelum ni penah datang tapi rasa macam tak sampai hajat nak explore...
nampak sangat mak nyer yang excited kan...giler tak excited!!
terima kasih sangat sangat kat FF...salah sorang ahli KelabBloggerBenAshaari..
dapat rezeki Sal bawak anak anak ke LEGOLAND®..syukur..
nak jugak berterima kasih pada Abe Que...dan sebenarnya Sal replace dia...
last minit Abe tak boleh datang ke LEGOLAND®..
 dan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak LEGOLAND® Malaysia Resort
kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada ahli KelabBloggerBenAshaari
untuk merasai keriangan bersama family tersayang dan turut memberi peluang
untuk kami berkongsikan pengalaman selama berada di sana hujung minggu lepas...

Memang best sangat datang ke LEGOLAND®...kalau tak..takkan Sal menyimpan
hasrat nak repeat lagi kan...masa 2-3 hari nak bergerak ke sana..Sal inform Khalish..
setiap hari dia meghitung hari..bayangkan anak sekecil 5 tahun dah faham apa itu LEGOLAND®..
mungkin sebab dah pernah pegi...dan ada jugak Khalish tertengok iklan LEGOLAND® 
yang keluar kat media elektronik...begitu kuat tarikan LEGOLAND® kan..
kalau dah pegi tu memang tak nak balik pun ada...Sungguh!!

Percaya atau tak...masa nak gerak ke Johor..Mr Hubby janji nak gerak jam 11..
Khalish asyik perhatikan jam dinding..sharp je terus dia inform..tapi basela..
ibu Khalish kan selalu lewat sikit...banyak nak kemas...aiiissshhhh...baru anak tiga kan...

Khaleef pun tak sabar nak ke LEGOLAND®

1st time bagi Khalaf...sebab yang lepas tak bawak..

Setiba je kat LEGOLAND®...anak anak teruja..mana tak nyer...
tengok hotel pun dah sengih...

comelkan....nilah dia Hotel LEGOLAND® 

 Untuk makluman....check in kat Hotel LEGOLAND® ni bermula jam 4 petang..
so kalau sampai awal...boleh tinggalkan bag kat Luggage Room...
dijamin tak hilang..servis dan staff kat sini memang terbaik...
sebab apa Sal katakan terbaik...masa mintak iron board dan plastik sampah kat room service..
tak sampai beberapa minit dah call bilik dan follow up balik sama ada dah dapat
apa yang di mintak or belum..kagum betul dengan servis yang diberikan..

Sementara nak tunggu check in tu...memang takkan bosan la..sebab kat lobby je
dah pelbagai game disediakan untuk anak anak...paling teruja bila tengok
lambakan LEGO...dari sekecik alam..sampai la sebesar lengan abam sado..
ehhhh....takla besar sangat...reka bentuk sesuai sangat untuk anak anak..
jangan tak tau...ade jugak makpak yang teruja main sama...ape salahnyer kan..
release sikit...

ni baru sikit je lambakan LEGO yang ada di lobby..

Khalish sempat explore setiap sudut yang disediakan khas untuk kanak kanak..

Dan bila tiba masa nak check in...memang tak sabar la part ni...
sebab nak sangat tengok tema yang dapat...dan kami sekeluarga sekali lagi dapat Adventure Theme..
takde rezeki nak rasa tema lain lagi...
dan yang paling best... setiap bilik terdapat dua ruangan tempat tidur yang berasingan...
so tak risau kalau bawak anak anak sebab ada disediakan ruangan khas untuk
 mereka tidur dan bermain..dilengkapi katil bersaiz dua tingkat termasuk pull-out trundle bed
serta TV tersendiri ...syok nyer la hai... untuk parents pulak...disediakan katil yang bersaiz king..dijamin selesa...


bilik pun ikut tema...dan Adventure yang kami sekeluarga dapat..

LEGO yang disediakan di bilik untuk anak anak...Khalish & Khaleef memang kesukaan la..

tengok carpet yang Khalaf pijak...cantik kan...

katil untuk anak anak...Khalish tak sabar dah nak rasmikan...

Channel cartoon Disney pun ada...superb!

kan best kalau dapat buat kat rumah camni...

Baru masuk bilik dah terasa keriangan..belum lagi jengah Theme Park & Waterpark..
dan sedikit info berkaitan LEGOLAND® Malaysia Resort yang perlu anda tahu...
Info lanjut...boleh tengok di www.legoland.com.my atau hubungi terus
LEGOLAND® Malaysia Resort
 +607 597 8888 (9.00am - 7.00pm) atau sebarang pertanyaan boleh jugak email kat
  info@LEGOLAND.my


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , , , , ,