Tanpamu Disisi

Semalam sempat lagi habiskan satu lagi novel terbitan Buku Prima
Tanpamu Disisi..rasanya macam pernah diadaptasikan ke drama novel ni..
sambil nyusu anak...sambil baca novel...dapatla release sikit..
nak tengok tv memang payah sikit...jadinya..bila ada masa terluang...
pulun baca novel...dan sekarang dah jadi habit pulak pinjam kat library..
save sikit dari beli kan...tapi adakalanya..kalau sempat...beli gak...
tengokla mana yang dan...

Meh kita baca sinopsis jap..seriously best  baca novel ni..

bisa menitis air mata baca novel ni...

............................................

Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. 
Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. 
Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. 
Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? 
Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu 
Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi 
dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila 
Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. 
Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah 
ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi 
cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada 
putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya. Akhirnya setelah 
dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba
 lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. 
Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap
 langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk
 mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

...................................................

Nak tau pengakhiran citer..kena baca okey...heheheh


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , ,