Congo Bars....Apa Hasilnya

Selalu tengok dalam FB...baca kat blog...dah macam viral pulak...macam senang je nak buat...
mulanya agak takut la jugak ...nama pun dah macam omputih...
sesilap susah nak buat...tapi rupanya..sangatlah mudah..
bahan pun tak banyak...tu yang laju nak try...

so terus jengah resepi kat talian hayat Sal selama ni...tak lain tak bukan...
TiffinBiru.. terima kasih Che Mat sebab sentiasa sudi berkongsi resepi...

ni Sal kongsi resepi yang Sal tiru 98% dari Che Mat...cuma Sal tak pakai Coklat Chip..
sebab terlupa nak beli...Sal guna oreo...dan kebetulan almond pun ada...so
letaklah jugak...tabur kat atas dan campur sikit masa gaul...

Bahan-bahan: 

150 gram mentega
220 gram gula perang (resipi asal 280 gram)
3 biji telur gred A
315 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 camca teh garam (che mat guna 1/4 saja, sebab guna mentega jenis salted)
1 camca teh esen vanilla
1 cawan coklat chip (atau ikut suka)
1 cawan flakes almond (atau ikut suka)

sebelum dibakar..
Cara Buat:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin atau loyang kek berukuran 10 inci x 10 inci dengan mentega dan alas kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula perang dan garam hingga berkrim, tak perlu sampai kembang sangat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Tambah esen vanilla, 1/3 bahagian coklat chip dan 1/3 bahagian flakes almond. ke dalam adunan. Gaul rata dengan spatula. Tuang ke dalam tin pembakar dan ratakan. Tabur baki coklat chip dan flakes almond atasnya. Bakar 30 minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang.
setelah dibakar.....
Tak cuba tak tahu...tapi bila dah siap dibakar...menyengih je la Sal...
tapi ada sedikit ketidakpuasan di hati... ni 1st trial ...so plan, next nak buat lagi...Inshaa Allah...

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , ,