Petikan Kata Allahyarham Tok Guru Terkesan Di Hati

Al-Fatihah ke atas Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang dan (1952 - 2015) 
 Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 (Tok Guru Nik Aziz 1931 - 2015)
Semoga Roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
  
ketenangan menyelubungi alam...
Dan sebagai renungan...petikan kata yang pernah disampaikan oleh 
Allahyarham Tok Guru Nik Aziz amat terkesan di hati Sal...
.............................................



Read more at: http://www.astroawani.com/berita-sukan/mesej-terakhir-datuk-hasbullah-awang-kepada-zainal-53864?cp
Umur ialah anugerah ALLAH SWT kepada kita. Ia hanya bekas yang
 boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa..Orang yang beriman akan 
sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana 
takut kesannya pada hidup..
Sebagaimana orang kita... kalau ingin meracun lalang..dibancuh racun di dalam
baldi..Baldi sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh
 sebersih bersihnya...kerana bimbang kesan buruk racun jika
 tidak dibersihkan..
Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun...
bimbang akan kesan buruknya...demikianlah bekas umur kita yang wajib dibasuh 
dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa
- Petikan Kuliah Tok Guru ketika mentafsirkan Surah Al-Asr -

Tapak kaki kita kalau dah keras...pijjak paku atau duri takkan terasa apa sebab
 tumitnya dah keras...Tapi kalau tapak kaki yang lembut...terpijak duri sikit saja dah berdarah...
Demikianlah juga hati...kalau ianya sudah keras...tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa...
- Datuk Nik Abdul Aiz Nik Mat -

.............................................

Sabda Rasulullah SAW:

"Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma,
 aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus 
dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama. 
Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang 
jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka 
akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain."
(Riwayat Muslim)
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , ,