Tips Bila Cuaca Panas

Sejak dua tiga hari ni rasa haus semacam...tambah malam pun rasa panas...
air masak memang kena ada di sisi...dan tadi dengar kat radio...elakkan minuman berkafein...
waduhhhh....feveret tu...

Demi kesihatan...kena berjaga jaga...sedikit info mengenai kandungan kafein:

Kafein boleh menyebabkan banyak air kencing dikumuhkan dan bertindak sebagai diuratik. 
Ini bermakna, kafein boleh menyebabkan berlakunya kehilangan air dalam badan 
dimana ia menjadi punca kepada kehilangan kelembapan badan kita sekaligus menyebabkan kita menjadi letih sentiasa. 

Jika badan menyerap lebih banyak lagi kafein, simptom seperti muntah, sakit kepala dan 
berlakunya masalah pernafasan dan ini boleh dikelaskan sebagai 'caffein overdose'.

Ermmm...lepas ni Sal kena kurangkan pengambilan kafein...nak disiplin minum air masak...
air masak mampu mencatikkan kulit jugak tau...

Bila cuaca panas melanda...kena elakkan dari melakukan aktiviti luar...
Kementerian Kesihatan pun dah mula tampal poster sebagai awareness kepada orang ramai...
jangan ambil mudah ya...sebab "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat"..
Sal share kat sini sedikit info berkenaan cuaca panas...gejala...kesan....dan langkah yang perlu diambil atau elakkan bila berlakunya cuaca panas 




SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , ,