Betul Ke Vaksin Untuk Anak Bahaya

Ada jugak dalam kalangan kengkawan Sal yang tak nak ambik vaksin yang dah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan...terutamanya vaksin dari bayi sampai anak berumur setahun lebih...pernah jugak Sal baca spekulasi yang mengatakan vaksin yang disuntik mengandungi unsur ba alif ba ya...heheh...tapi namapun spekulasi...sesetengah tu berpendapat melalui vaksin yang disuntik menyebabkan autisme dan gangguan otak pada anak anak....aaaiisssshhhhh.....boleh membuatkan hati Sal pun gundah gulana...risau jugak...betul ke idak...

Tapi kena selidik dulu..sejauh mana kebenaran...ada yang termakan dengan kajian yang dilakukan oleh doktor dari luar negara...katanya ada bahan raksa dan merkuri dalam vaksin...dan akhirnya dapat dibuktikan oleh pakar perubatan dunia...vaksin yang diberikan takde bahan yang terlarang dan selamat digunakan terhadap tubuh badan manusia...walaupun ada bukti...masih ada yang enggan menerima sebab khuatir tentang kebenaran kandungan vaksin ...terpulang kepada individu...

Kita perlu ingat...persekitaran yang ada sekarang ni menyebabkan kanak kanak mudah terdedah dengan pelbagai penyakit yang bahaya...dan menerusi pembacaan Sal...Dr Azam Mohd Nor- Konsultan dan Kardiolagi Pediatrik Hospital Pantai mengatakan tidak ada sebab ibu bapa perlu bimbang akan kesan sampingan terhadap pemberian vaksin terhadap anak anak..

Sebenarnya suntikan vaksin merupakan kaedah terbaik sebagai langkah pencegahan penyakit ....dan melalui vaksin ini juga akan menghasilkan antibodi supaya dapat melawan kuman lain yang cuba masuk dalam badan anak anak..atau dalam erti kata lain ...vaksin ini dikenali sebagai toksin yang telah dilemahkan dan tidak mendatangkan bahaya kepada tubuh anak anak..dan vaksin ini juga akan merencatkan jangkitan atau penularan penyakit yang berjangkit pada anak anak...

So...harap dengan penerangan ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang masih tertanya tanya tentang pengambilan vaksin terhadap anak anak..jangan terus percaya apa yang dikatakan dalam media sosial...tentukan kesahihan dulu maklumat yang dibaca...tapi memang ada benarnya...sesetengah individu terus percaya dengan apa yang diperkatakan di ruangan media sosial tanpa selidik...

Vaksin bukan penyebab autisme dan masalah otak pada anak anak (Sumber:Google)

Dan semestinya ibu bapa nak yang terbaik untuk anak anak kan...sungguhpun pemberian vaksin bukanlah 100% dapat mencegah penyakit namun hampir 70-90% dapat menghindari dan mampu mengurangkan kesan yang lebih buruk terhadap jangkitan penyakit yang diperolehi oleh anak anak..dan perlu diketahui...sekarang ni banyak faktor yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit terhadap anak anak seperti gaya pemakanan...persekitaran dan paling mempengaruhi bila membiarkan anak anak menggunakan gajet tanpa kawalan...

Permainan gajet menjadikan anak anak pasif ....tanpa komunikasi...dan Sal dah mula kurangkan penggunaan gajet pada Khalish dan Khaleef....mencari dan bising jugakla dyorang tapi memang Sal tak bagi dah...dan Sal akan sentiasa adakan aktiviti bersama anak anak...biarpun kelapangan masa terhad...pembahagian bersama anak anak perlu dan secara tak langsung boleh tahu tahap perkembangan dan kreativiti anak anak...rasa macam konsultan plak ai...hehehe...moga perkongsian ni dapat dimanfaatkan yea....

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Sumber: Utusan Malaysia (MEGA)

Labels: , , , ,