Jom Tengok Tulisan Khaleef (3tahun 3bulan)

Melihat perkembangan anak anak merupakan satu terapi bagi diri Sal...Alhamdulillah...di usia Khaleef 3tahun 3bulan....dah boleh membaca perkataan yang simple...menulis A-Z dan mengenali nombor 1 -100......Syukur sangat...biarpun Sal akui punya kekangan waktu nak ajar anak  anak..tapi Sal akan cuba lapangkan masa untuk anak anak....satu kewajipan untuk Sal walau se'busy mana pun...rasa macam 'sesuatu' yang hilang bila masa dengan anak anak tak dapat ditunaikan...


tulisan Khaleef...bersepah ha A..B..C
Masa yang Sal amik tak lama...cukuplah sekadar dalam 15 minit sebab kalau macam Khaleef...bukan boleh lama sangat pun nak menulis..membaca...ade je ligat nak buat benda lain...so Sal akan ikut rentak anak anak...follow ragam anak anak pun kekadang best gak dan sesekali tu keluar gak kegeraman...hehehe....biasala kan budak...tapi syok gak bila tengok pelbagai kemahiran dicapai...

Zaman pun berubah....semakin pantas..semakin berkembang...kalau lambat...keciciran...so mana yang mampu sebagai ibu dan bapa...kita buat sehabis baik...jangan jadikan kekangan masa sebagai alasan untuk tidak bersama anak anak....5 minit pun okeh dah...sebenarnya anak anak rasa lebih dihargai dan tahu walaupun ibu dan ayah kerja...masih mampu untuk luangkan masa...dan tetiba Sal terfikir...kalau kita takde masa untuk anak anak sekarang...adakah di hari tua kelak..anak anak pulak takde masa untuk menjengah kita...

Fikir fikirkan.....


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: