Rahsia Otak Kanan Anak

Seronok bila cari gali ilmu tentang perkembangan dan tumbesaran anak anak...dan Sal nak kongsi apa yang Sal baca....betapa pentingnya ransang otak anak anak dengan menggunakan teknik yang betul...setuju sebab dengan ransangan yang tepat...ia akan mempengaruhi perkembangan intelektual anak anak...seronok sebenarnya bila tengok perkembangan anak anak seiring dengan umur mereka...

Sekiranya perkembangan anak amat perlahan...sebagai makpak..kita kena aware dan lakukan sesuatu..so sebelum kita ransang pemikiran anak anak...kita perlu ambil tahu fungsi otak kanan dan otak kiri...

Fungsi Otak Kiri

Fungsi Otak Kanan
Maksimumkan Ransangan Otak Kiri & Kanan (Sumber: Google)
Daya ingatan otak kiri adalah bersifat short term memory manakala otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan..daya ingatan otak kanan bersifat long term memory..

Otak kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap sebab lagi kerap digunakan...lebih aktif penggunaannya..dan untuk itu...pendekatan yang Sal buat...Sal akan kerapkan Khalish dengan permainan lego tapi tanpa paksaan..takmo la paksa Khalish...biar dia buat dengan rela hati...baru keluar idea dia yang pelbagai...seronok gak tengok Khalish buat rekaan lego..

sangat teliti....

Hasil kreativiti Khalish...

Swimming pool kata Khalish...
Aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat meransang otak kanan...sebab gerakan tangan merupakan hasil kerahan otak berfikir untuk menghasilkan sesuatu...so bagilah pendedahan kepada anak anak seawal yang boleh dan sesuaikan keseronokkan aktiviti bersama anak anak...


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Sumber: Majalah PA&MA

Labels: , , ,