Susu Ibu Elak Penyakit Pada Bayi

Susu ibu sememangnya mengandungi antibodi untuk melindungi si manja daripada penyakit berbahaya...susu ibu jugak mempunyai 1'001 khasiat untuk anak dan ibu...selain dapat merapatkan hubungan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu...dari segi kesihatan juga terjaga...

Enam bulan pertama...susu ibu sangat baik...dan itulah yang Sal praktikkan...Alhamdulillah..perjalanan penyusuan untuk anak anak dipermudahkan olehNya... di mana ada kesungguhan...pasti ada caranya...doa dan tawakal perlu seiring dalam apa jua perkara yang kita lakukan...Insha Allah..

Penyusuan juga boleh diteruskan sebingga anak berusia dua tahun walaupun anak dah diberikan makan pepejal..melalui susu badan yang disalurkan dapat melindungi anak daripada penyakit yang serius macam selsema...demam...jangkitan telinga..alahan...

Untuk makluman...badan ibu akan menghasilkan antibodi baru ketika terdedah kepada jangkitan ..contoh masa si ibu tak sihat...demam atau selsema..dan antibodi yang terhasil akan dipindahkan kepada bayi ketika sesi penyusuan berlaku...secara tak langsung antibodi yang dipindahkan akan melindungi bayi dari mengalami gangguan kesihatan....ni dikira langkah pencegahan semulajadi

Dalam masa yang sama...penyusuan juga merupakan aktiviti yang paling sihat bagi si ibu...sebab dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta keretakan tulang..Indah ciptaan Ilahi kan...Alhamdulillah...

Pemberian susu ibu bukan setakat bagi tahap kesihatan yang baik untuk si manja anda malahan sangat mudah dan secara tak lansung menjimatkan kos untuk beli susu formula...Sal bekerja dan perlu bahagikan masa untuk sesi pump di ofis...kuatkan semangat dan prinsip Sal..jangan malas...perlu disiplinkan diri...pump perlu konsisten...kalau tak..stok untuk anak memang akan ke laut...

Stok masa outstation  - LIMA '15
Meh Sal kongsikan beberapa kaedah untuk banyakkan susu....Sal dapat dari pembacaan info...dan sehingga ke hari ini Sal masih cari gali info penyusuan badan....hehehe



Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , ,