Air Zamzam Dilarang Jual

Awas air zam zam tiruan.....(Google)
Suatu ketika dulu...hampir jugak Sal nak beli air zamzam..tapi masa tu rasa macam berat hati...tak taulah kenapa...dan harini bila baca Metro..terkejut gak sebab..

"Arab Saudi beri percuma kepada jemaah haji...umrah...pelawat untuk kegunaan sendiri.."

Dan...kenapa ada yang ambik kesempatan untuk jual ??? mungkin kerana empat huruf... D.U.I.T atau W.A.N.G ehhhh ??? Bagus jugak bila Metro keluarkan story tentang penjualan air zamzam...takdela rakyat asyik ditipu...tu belum lagi kesahihan sejauh mana ketulenan air...hidup hidup kena tipu...kesian betul la... Manusia ni kalau hidup tanpa penipuan tak boleh agaknyer ye....aiisshhh....

Sah! Penjualan air zamzam di negara ini adalah TIDAK DIBENARKAN...Sesiapa yang didapati menjual akan dikenakan tindakan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga maat bersetuju agar Kementerian Kesihatan Malaysia menganbil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zamzam berdasarkan Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983..

Paling Sal tekejut rupanya ada tiga brandatau jenama air zamzam yang dijual di pasaran dan sangat diragui keasliannya....alangkah !!! dan paling tak best...salah satu jenama tu siap terkandung benda asing yang tercemar....waduhhhh....dah la tipu pastu siap guna label air diimport dari Arab Saudi...ccukuplah...toksah hidup dengan menipu je...tak baik...

Kepada orang ramai yang ada info tentang penjualan air zamzam...sila buat aduan di Pejabat kesihatan Daerah atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

Bersama kita membanteras kepalsuan...!!

Sumber: HMetro
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , ,