Aizel Music Academy Ampang

Lama dah berangan nak hantar Khalish ke kelas muzik...pernah gak tanya dia..minat ke nak ke kelas muzik...okey je dia...dan Alhamdulillah...ada satu kelas muzik yang tak jauh dari rumah...so weekend lepas gi tengok tempat dan kebetulan ada invitation untuk blogger !!

Sal taknak terlepas peluang nak tengok akademi muzik ni...bila lagikan...pagi tu Khalish & Khaleef pun teruja gak nak pegi...sepantas kilat siap bila bagitau nak ke akademi muzik..kalau berjalan...memang pantas anak anak bersiap..hehehe


Sal agak teruja nak dedahkan anak anak dengan muzik sebab anak anak dalam lingkungan umur 1- 6 tahun ni sangat cepat teransang kepada bunyi muzik...melalui muzik juga anak anak akan zahirkan ekspresi..dan rasanya pendidikan muzik juga akan ada masa anak anak di bangku sekolah...so tak salah rasanya kalau kita dedahkan muzik di peringkat awal...kan...kan..

Teacher Endang bersama alat muzik Er-Hu
Ballet untuk kanak kanak pun ada....cute je kan...
anak anak kecil mudah tangkap apa yang diajar...
Pelbagai alat muzik yang boleh dipelajari di Aizel Music Academy ....kelas vokal ada..belajar teori muzik pun boleh...part alat muzik lagi la...meh baca senarai alat muzik yang ingin dipelajari:
Banyak kan...pilih je nak belajar yang mana satu...dan Sal sempat la jugak tanya Teacher Endang...boleh tak nak mintak Khalish buat trial piano...walaupun masa tu mood Khalish dah ke laut sebab lama sangat kot dok kat Akademi Aizel...hehehe...bukan apa..seronok dan kagum Sal dengan kemahiran yang dimiliki oleh Teacher Endang...anak Melayu tulen yang mempunyai skill yang amat mendalam dalam bidang muzik...tengok dia main Er-Hu pun Sal dah terpegun...dan Teacher Endang mempunyai kesabaran yang amat tinggi dalam mengajar anak anak kecil...ffuhhhh....respect !!




Seronok tengok Khalish mengadap piano..jari jemari mulus ...sambil mulut becok cakap note piano...keletah betul..tangan tak reti diam...sabar je la Teacher Endang...

video

Di Akademi Aizel ni bukan hanya terhad untuk anak anak ya...remaja dan dewasa pun boleh belajar sekali...jangan malu dan segan..anda akan diajar sehingga pandai...selagi ada kemahuan...teacher yang ajar semua baik belaka...jangan risau ya...

Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik akan memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan nilai sosiolisasi.
 - Aizel Music Academy -

Bersama Teacher Endang.......comel je kan dia...
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan...sila hubungi:

Aizel Music Academy
16 - (1st Floor)
Ukay Boulevard, MRR2 Hulu Klang
68000 Ampang (Opposite Zoo Negara)

03 - 4162.4221
012 - 315.7090

www.facebook.com/Aizel-Music Academy

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,