Cinta Atau Cita Cita...Pilih Yang Terbaik

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis qudsi ..Allah SWT berfirman: 
"Sesungguhnya cinta-Ku adalah bagi orang yang saling mencintai kerana mengharapkan keredaan-Ku"
(Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwattha dengan sanad yang sahih)

Sumber: Google
Cinta mempunyai pengertian yang sangat luas...tapi yang pasti lahir dari akal dan emosi...jangan terlalu mengikut perasaan sebab takut kelak akan membinasakan diri sendiri..dan sering diperkatakan cinta lahir dari hati nurani yang suci...terpulang pada pemahaman masing masing...

Cuma mungkin bagi golongan muda...cinta itu lebih penting dari cita cita... sejauh mana kebenarannya...adakah cinta yang menjadi pemangkin kepada mencapai cita cita...tepuk dada tanya selera...jangan hanyut dibuai cinta...kelaut jadinya cita cita... 

Pada adik adik yang masih muda mudi...tak salah rasanya untuk ber'CINTA tapi harus tahu had dan batasan...jangan terlalu taksub ..takut makan diri sendiri..terutamanya yang tengah study...utamakan dulu belajar...tanamkan azam untuk berjaya demi masa depan dan ingatilah pengorbanan ibu bapa yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan kita sebagai anak...jangan sesekali hancurkan harapan ibu bapa yang ingin melihat kita sebgai anak berjaya...dan sebenarnya kejayaan itu adalah untuk diri kita sendiri...bukan orang lain..percayalah...sebab Sal sendiri dah lalui melalui pengalaman yang tak seberapa tapi Sal jadikan sebagai teladan...pengajaran dan kenangan....

Perlu diketahui..cinta terbahagi kepada beberapa bahagian:

Sebagai manusia yang mampu berfikir secara waras...kita perlu tahu cinta yang boleh membawa kejayaan dan akhirnya menyampaikan kepada cita cita kita...jangan dek kerana cinta...kehidupan kita hancur...sangat menyedihkan dan sesal kemudian tidak berguna lagi..

Utamakan mana yang perlu dahulu agar diri tak rasa terkilan...bukan apa ditakuti ....yang dikendong tak dapat....yang dikejar berciciran... so berfikirlah sebelum bertindak..dan tidak dinafikan manusia memerlukan cinta dalam memenuhi fitrah dalam kehidupan..Wallahu a'lam

Allah SWT berfirman..."Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh..Allah yang melimpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang...." 
Surah Maryam:96)


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,