Kenangi Saat Indah Bersama Pasangan

Kenangan merupakan suatu detik yang telah berlaku dna berlalu dalam hidup kita...sama ada kenangan itu manis atau pahit...ia tetap akan berada di ruang lingkup ingatan kita...kenagan manis boleh mencipta bahagia dan kalau pahit...hehehe...paling susah nak luput dari ingatan dan adakalanya menyeksa jiwa...terpalit di hati nurani...kan...kan....jangan nak tipu hati sendiri tau...dan kalau boleh jangan dikenang..nanti timbul dendam pulak..

"Kenangan memang boleh ditinggalkan tapi tak boleh dilupakan dan ia akan sentiasa 
segar dalam ingatan"

Andai kata kenangan tu melibatkan insan tersayang...kenangilah saat saat indah bersama demi menikmati hidup yang lebih bahagia...ingat kebaikan pasangan kita dan hindari dari mengingati keburukan masing masing..hitung kesilapan diri sendiri dan lupakan kebaikan yang pernah dihulurkan untuk mendidik diri supaya sentiasa rendah diri serta menghormati orang lain...

Elakkan diri dari menjadi orang yang tidak pernah merasa bersalah dan sering menyalahkan orang lain...perlu muhasabah diri...jangan pentingkan diri sendiri..Hubungan yang terjalin antara suami dan isteri perlu dipupuk kebahagiaan...umpama kita tanam pokok bunga...kena baja jugak nak bagi pokok berbunga..disiram air...agar sentiasa segar...ibarat camtulah bila hidup berkeluarga...

Sentiasa ingat perkara perkara yang manis bila bersama...contoh  macam kenangan manis masa berkenalan....kenangan manis masa majlis persandingan...perkahwinan...dan segarkan ingatan denga kenangan yang melucukan sepanjang perhubungan...masa berdua...ketika lahirnya anak anak yang comel...

Keluarga bahagia....Insha Allah (Sumber: Google)
Dalam hidup berpasangan...kita perlu fikir secara positif...setiap perubahan yang berlaku ..walaupun kecil tetap memberi kesan yang mendalam dan amat bermakna dalam sesuatu perhubungan..bila kita berubah...Inshaa Allah suatu ketika ...pasangan kita jugak akan turut berubah ke arah yang lebih baik...


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,