Bufet Ramadan RM10 di Restoren Sirah

Menyelerakan....(Picca HMetro)

Bila terbaca story kat Harian Metro pagi ni tetiba Sal rasa terkejut ... ada rupanya bufet Ramadan yang menawarkan harga serenadah RM10 bagi dewasa dan RM7 bagi kanak kanak tujuh tahun ke atas....Alhamdulillah...masih ada insan yang murni hatinya...

Berkonsepkan 'beri lebih banyak kepada pelanggan', Restoren Sirah Mee Udang Utara yang terletak di Kota Warisan Sepang ternyata mendapat sambutan yang hangat dari pelanggan..pada Sal ia sangat unik dan berbaloi... yelah..time berbuka mana nak makan banyak sangat...minum air dan kurma pun dan terasa kenyang dan memadai...

Moga hasrat murni Imam jemputan tarawih masjid Putrajaya ini iaitu Ustaz Firdaus memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan merasai nikmat berbuka puasa di luar secara bufet dan pada kadar yang berpatutan diredai dan dimurahkan rezeki selalu...

Biarpun murah.. kualiti dan kelazatan makanan tetap dijaga...untuk story lanjut..baca kat  > SINI <

Sepang: “RM10!..mana untung”. Itu reaksi pertama diterima Firdaus Kamaruzzaman, 23, apabila mengemukakan hasrat untuk menawarkan bufet Ramadan berharga RM10 di restoran milik keluarganya di Restoran Sirah Mee Udang Utara, Kota Warisan, di sini.
Namun, hasrat murninya untuk mengaplikasikan konsep ‘beri lebih banyak kepada pelanggan’ berbaloi apabila bufet Ramadan yang disediakan restorannya mendapat sambutan luar biasa sejak mula beroperasi pada 1 Ramadan lalu.
Firdaus berkata, dia bersama adiknya, Rafiuddin, 22, kini boleh ‘goyang kaki’ apabila bufet Ramadan yang ditawarkan sudah ditempah pelanggan sehingga 14 Julai depan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60242#sthash.phoCZVsp.dpuf
SUMBER: HMetro
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,