Hidayahmu Ramadan...Samarinda TV3

Sal rajin gak layan Slot Samarinda kat TV3...lately ni best pulak story yang disiarkan...bukan apa..sambil mengisi masa lapang dan yang terkini Sal layan HidayaMu Ramadhan..jalan cerita yang pada Sal ringan dan best la...Sal tengok pun kat tonton.com.my .. ak tengok kat TV memang tak berkesempatan sebab anak anak dah berebut nak tengok siaran masing masing...so Sal layan kat handphone sambil nyusu anak...mengisi masa lapang kan...huhuhu... HidayahMu ramadhan bersiaran setiap Selasa - Khamis pada jam 10 malam..



SINOPSIS HIDAYAHMU RAMADHAN
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.
 
JUDUL : HIDAYAHMU RAMADAN
EPISOD : 17 episod
TARIKH : Mulai 4 Jun 2015 (Selasa-Khamis 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Azlina Pa'wan
PELAKON:
Zara Zya sebagai Hidayah
-Wina Azian sebagai Hidayah 12tahun
Aeril Zafril sebagai Amar
Nazrief Nazri sebagai Nazir
- Danish Adam sebagai Nazir 12tahun
Reen Rahim sebagai Amira
Rahhim Omar sebagai Dato Mustafa
Zarina Zainuddin sebagai Datin Rogayah
Roy Azman sebagai Jalil
Sharifah Shahora sebagai Semah
Hairi Safwan sebagai Ismail
Zahira Macwilsona sebagai Dr Katrina
Falisha Crssley sebagai Mimi
-Nur Qistina Raisah sebagai Mimi 8tahun

Dan Sal paling suka layan OST HidayahMu Ramadan...best betul suara Ippo Hafiz ....terbaik !!

video


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , ,