Hukum Mandi Ketika Puasa

Hukum puasa ketika mandi ??? Sal nak sharing gak sebab sebelum ni Sal pun tertanya tanya...boleh ke nak mandi time puasa..dengarnyer kalau nak mandi kena tunggu berbuka dulu...baru boleh mandi...adakah benar ??? dan jawapan yang Sal jumpa ...

(Boleh mandi tapi jangan lari dari niat asal....Picca Google)

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW.. mandi adalah harus bagi orang yang berpuasa sama ada bertujuan untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Daripada Aisyah RHA dan Ummu Salamah RHA yang menceritakan:

"Nabi Muhammad SAW pernah bangun pagi (pada bulan Ramadhan) dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Kemudian Baginda mandi dan meneruskan puasanya tanpa mengqadanya." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mandi dengan tujuan menyejukkan badan dan meredakan keletihan puasa...keharusannya bersandarkan daripada hadis Abu Bakar bin Abdul Rahman yang meriwayatkan daripada beberapa orang sahabat rhum yang menceritakan:

"Kami telah melihat Rasulullah SAW ketika berada di satu kampung Arab bernama Al-Arj, sedang baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika Baginda sedang berpuasa...bertujuan untuk meredakan dirinya daripada haus atau daripada kepanasan."(riwayat Abu Daud)

Kesimpulannya... mandi pada bila bila masa hukumnya HARUS bagi orang yang berpuasa berdasarkan dalil yang dinyatakan kerana tujuan mandi tidak lari daripada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW..tapi janganlah mandi secara berlebihan sampai air masuk ke dalam kerongkong terutamanya yang mandi secara berendam atau berenang ataupun air masuk ke dalam telinga yang membawa kepada batalnya puasa..

Baru Sal faham dan jelas....harap kengkawan pun faham. Semoga perkongsian ini membawa manfaat ya ..


SUMBER: Utusan Malaysia
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,