Khasiat Daun Senduduk Putih

Masa kekecik dulu selalu nampak...yelah masa dok kat kampung kalau nak gi beli nasi lemak..kena lalu kat kawasan pokok getah...pastu lalu kat rumah rumah orang...orang kampungkan rajin bercucuk tanam...Sal rajin jadi tukang perati...seronok pulak bila terkenang masa dulu...

Dan bila dan berusia ni ....baru tau apa itu...apa ini...huhuhu...nilah rupanya pokok 'senduduk putih'...ingat biasa je tumbuhan ni...rupanya luar biasa... Maha Kuasa Allah SWT yang menjadikan setiap kejadian itu punyai keistimewaan tersendiri...

mempunyai pelbagai khasiat.....(Picca Google)
Senduduk Putih sering digunakan dalam perubatan tradisional...ia mampu merawat luka dalaman dan mempercepatkan proses penyembuhan bagi wanita yang baru bersalin...info yang sangat berguna bagi Sal..lepas ni Insya-Allah nak cuba cari supplement yang berasaskan daun senduduk..

Selain itu..pucuknya mampu merawat penyakit keputihan manakala air rebusan boleh diminum untuk mengatasi buasir dan cirit birit...akarnya pulak boleh digiling dan diletakkan di kudis untuk elakkan parut....punya la banyak faedah...dari daun..sampai ke akar...parut demam campak pun boleh sembuh...ambik kelopak bunga dan gosok pada parut yang tinggal...paling best bila kelopak senduduk putih boleh dimakan bagi tujuan awet muda....dan rasanya macam makan jambu...walla !! tak yah nak makan supplement bagai kan...tapi bila dah dok kat bandar ni...mana nak cekau pokok senduduk putih...hehehe...

lepas ni kalau terjumpa...sure Sal nak beli bawak balik rumah... (Picca Google)
Dengarnya minyak senduduk putih dikatakan sesuai untuk merawat sakit mata ..ketumbit...sakit telinga...batuk yang berpanjangan...senggugut dan pelbagai lagi..kalau Sal terjumpa minyak senduduk putih atau beli ke..Sal try dulu dan update ya ....

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,