Indahnya Bersedekah....

Beramal jariah...tidak merugikan....(Picca: Mr Google)
Dulu....ok diulangi dulu... Sal cukup tak sedar betapa besarnya erti bersedekah...Subhanallah...sampai Sal jumpa seseorang yang selalu bersedekah dalam pelbagai bentuk...Sal kagum dan Sal terikut ikut dengan amalan yang sering dilakukan...Alhamdulillah... tak rugi bersedekah sebenarnya...

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa dahulukan temanmu daripada diri dalam masalah duniawi atau paling tidak hendaklah bersedia memberikan bantuan yakni sedekah material kepada temanmu yang memerlukan..bantulah dengan sekuat tenaga kepada teman yang amat memerlukan bantuan sebelum dia datang meminta bantuan..

Dan bila di bulan Ramadhan..amalan sedekah sebenarnya tidak terbatas hanya kepada wang ringgit malah meliputi makanan seperti kuih muih dan juga hidangan berbuka puasa...so bila masak tu kalau terlebih pun takpe...boleh kan bagi pada jiran..

Kalau nak tahu...Imam Syafie adalah orang sangat gemar menderma daripada apa yang dimiliki dan dia pernah berkata:

 "Aku pernah mengalami kegagalan, tak memiliki suatu apa pun sehingga aku harus menjual semua perhiasan milik isteriku dan puteri kesayanganku"

Imam Syafie pernah tidak memiliki suatu apapun kerana sifat demawannya....Subhanallah...dan kita...cuba renungkan sejauh mana diri kita bersedekah selama ini....

Sesungguhnya bersedekah dan menderma daripada harta dan wang lebihan adalah sifat yang mulia dalam kalangan umat Islam terutamanya pada bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan...lakukan inadah dengan penuh ikhlas dan tawaduk bagi memperolehi balasan yang setimpal di akhirat nanti...  

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , ,