Potong Rambut Ikut Jenis Muka

Rambut pendek mudah digayakan....(Picca Google)

Kadang kadang Sal pening gak nak potong rambut ...tak tau nak potong ikut fesyen apa...walaupun pakai tudung...nak gak cantikkan....kalau salah potong muka akan jadi janggal dan boleh merubah penampilan pada wajah...so kena ambil tahu dan hati hati dengan potongan rambut..

Untuk itu Sal nak sharing sikit gaya potongan rambut mengikut wajah...ni melalui pembacaan Sal...kalau boleh biarlah kena dengan bentuk wajah...taklah lain jadinya...

WAJAH BUJUR
Boleh: segala bentuk potongan rambut sesuai untuk anda dan tetap cantik di pandang
Tak Boleh: Jangan sesekali gayakan potongan rambut yang terlalu mengembang atau yang terlalu berlebihan pada bahagian aatas kepala

WAJAH BERSEGI
Boleh: Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah dan rahang bersegi ...boleh buat sentuhan ikal.. kerinting ataupun layer
Tak Boleh: Jangan sesekali mengikat rambut ke belakang kerana ia akan menonjolkan lagi bentuk wajah bersegi anda yang keras

WAJAH BULAT
Boleh: Potongan rambut lurus dengan belahan di tengah kepala
Tak Boleh: Jangan buat potongan rambut bentuk kembang sebab nanti nampak muka lebih bulat

WAJAH BENTUK LONJONG
Boleh: Bagi yang mempunyai bentuk wajah yang lonjong...cuma blowkan bahagian bawah rambut..ia akan mengimbangi wajah anda yang panjang dan runcing
Tak Boleh: Lupakan potongan rambut yang lurus jatuh tergantung...ini akan membuatkan wajah anda lebih lonjong

WAJAH BERBENTUK HATI
Boleh: muka bentuk hati amat sesuai dengan potongan rambut yang ikal pada bahagian bawah..ini akan mengimbangi bahagian atas kepala yang lebih besar dan bahagian dagu yang runcing
Tak Boleh: Rambut lurus jatuh dengan belahan tengah kepala

So lepas ni jangan pening ya bila nak potong rambut.....hehehe

Sumber: Majalah Rapi
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , ,