Bekalan Darah Masih Kurang

Bantu selagi berupaya....(Picca Google)
Pada yang cukup syarat nak derma darah...sihat tubuh badan...jom kita menderma...tabung darah masih kekurangan darah terutamanya Darah jenis O...A...B...terdapat beberapa lokasi yang kritikal kumpulan darah ni...

Setiap hari dalam media sosial...media cetak mahupun  media eletronik ..pasti ada kejadian yang tidak diingini berlaku ...kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan darah...pesakit kronik..pertumpahan darah...aaiiisssshhh...peningkatan dan penggunaan darah dan jangka hayat yang pendek bagi komponen darah terutamanya platelet boleh menyebabkan stok turun mendadak ke paras kritikal...

Subhanallah....harapan Sal agar ramai rakyat Malaysia yang sudi bantu...

Ringankan beban..... (Picca Google)
Darah amat diperlukan bagi tujuan pembedahan...kecemasan...dan termasuklah pesakit talasemia dan barah....bayangkan.....kalau tak cukup memang takleh nak menampung kegunaan untuk seluruh negara ...jadinya pada yang berkelapangan dan sihat...maknanya takda masalah kesihatan...boleh menderma darah di:

Pusat Darah Negara (PDN), Unit Bergerak Kempen Derma Darah
 atau 
Tabung Darah di Hospitak Kementerian Kesihatan 
(yang berhampiran dengan kawasan yang diduduki)

Waktu operasi PDN adalah:

 Isnin - Jumaat (7.30 pagi - 8.00 malam)
Sabtu & Ahad (8.00 pagi - 4.00 Petang)

Maklumat lanjut:

www.pdn.gov.my


Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , ,