Blogger's Day Out di Zoo Negara

keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari
Mood menulis ke laut....busy benor  hari ni...biasa la hari Isnin kan...tak leh nak kata apa...mana kerja yang pending kena settlekan dan keja yang baru tetap mendatang....tapi Sal tetap nak berceloteh pasal peristiwa bersejarah semalam bersama #KelabBloggerBenAshaari..

Lama dah tak berjumpa dengan family KelabBloggerBenAshaari...selalu dok chit chat je dalam tepon...bila berjumpa ..tu dia...punyalah meriah...ceritanya semalam kami bersantai di Zoo Negara dan secara tak langsung diisytiharkan sebagai KBBA Blogger's Day Out...kira 2nd KBDO la ni...best sebab ahli keluarga pun involve sama....terbaik !!

abadikan kenangan di depan pintu masuk Zoo Negara..
Pada Sal ..Zoo Negara memang lokasi yang paling menarik untuk bersantai bersama ahli keluarga terutamanya pada anak anak yang sedang membesar...banyak yang boleh dipelajari dan dihayati...dan tarikan utama kini di Zoo Negara semestinya panda Xing Xing dan Liang Liang kan...bukan senang nak jumpa panda..cuma semalam Sal tak berkesempatan nak tengok sebab hero dah mula meragam...Khaleef dan kepenatan...Inshaa Allah nextime Sal akan repeat balik ke Zoo Negara sebab semalam Khalish pun tak bawak....tak berapa sihat dia...jadinya hanya Sal...Mr Hubby dan Khaleef je yang pergi...sambil melayan ragam Khaleef yang bagai..sambil kita bergambar...

Khaleef yang snap gambar ni....tq angah...
Mr Hubby dah bertukar jadi papa panda...sabar je la...hehehe
Selepas pendaftaran pagi tu...kami semua dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap tempat yang dilawati kami diberi penerangan oleh Pegawai Khas dari pihak Zoo Negara....jelas dan sangat mudah difahami...seriously memang Sal enjoy .. syok sebab kengkawan blogger memang happening...senyuman terukir dari mula sampai balik...bukan apa...bila dah berkumpul tu banyak ragam yang mencuit hati...

Dulu masa Sal kekecik payah nak dapat peluang ke Zoo Negara...serasanya penah gak jejak ...tu pun follow rombongan sekolah...jadinya bila sekarang ni dapat peluang duduk tak jauh dengan Zoo Negara...nak jugak bawak anak anak...biar anak anak kenal spesis haiwan dan ratanya memang payah gak nak jumpa kalau dah duduk kat KL ni...so Zoo Negara la tempat yang terbaik sambil bersantai kan...

Banyak tarikan yang ada kat dalam Zoo Negara selain dari panda....bila penat berjalan...boleh lepak santai kat Show Amphitheater...aksi haiwan bila buat pertunjukkan sangat melucukan hati...hehehe..teringat ingat Sal sampai harini...jangan tak singgah ya...amat merugikan....paling best semalam dapat gak Sal dan Family KBBA naik tram...seronok je Khaleef...

dalam tramp pun sempat selfie lagi anak beranak...

layan show haiwan yang sangat cerdik....kagum betul..
Nak story semua macam tak best pulakkan...so bila ada peluang boleh ke Zoo Negara...ruangkan masa untuk anak anak dan family...berbaloi dan pasti akan dapat kenangan yang terindah...sebelum tu Sal nak berterima kasih sangat sangat dengan beberapa penaja yang sudi menaja KBBA Blogger's Day Out sepanjang di Zoo Negara:

#ZooNegaraOnlineTicket
#Curves
#Cosmoderm
#FoodPanda
#GiantPandaZooNegara

Terima kasih juga Sal ucapkan kepada tim koordinasi yang terdiri daripada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari kerana sudi dengan rela hati menguruskan 2nd KBBA Blogger's Day Out ni dengan jayanya...memang terbaik !! sayang semua...

Banyak lagi part yang Sal akan story ...sebelum tu Sal sharing sikit gambar yang menarik dan sempat Sal snap....cer teka apa nama spesis burung ni....huhuhu 
suka pulak Sal tengok gambar ni....
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , , ,