Kaio Studio Terbaik & Tidak Menghampakan

Siapa Kaio Studio ni ?? ha...ni lah antara insan yang memainkan peranan yang sangat penting masa penganjuran Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang dilaksanakan di Hulu Langat tempoh hari...Sal sangat kagum dan teruja sangat nak story pasal Kaoi Studio... sebenarnya Kaio tu ialah nama panggilan atau nickname empunya Studio ni..nama sebenar beliau ialah Khairul Anwar Abdullah dan beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang fotografi ...bukan senang nak mendekati seorang fotografi yang expert dam sempoi..berkelulusan dari Management & Science University (MSU) Malaysia dalam bidang hospitaliti dan pelancongan..lepas habis study..Kaio menjadi pemandu pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008...

Dari segi pengalaman dalam bidang pelancongan, Kaoi banyak menguruskan rombongan ke seluruh dunia seperti Iran. Jepun. Vietnam. China. Thailand. Australia. Poland. Arab. banyak kan ?? dan !! Kaio juga pernah bersiaran di kaca televisyen..majalah dan akhbar di atas kejayaan beliau sebagai seorang pemandu pelancong muda yang cemerlang..



Siapa sangka bermula dari seorang insan bergelar blogger pada tahun 2009....kerana minat dalam bidang fotografi dan video, Kaio beralih ke bidang seni kreatif ni sekitar tahun 2012 dan bermulalah 'era' Kaio Studio di atas permintaan perkhidmatan seperti shoot di majlis perkahwinan, filem pendek ataupun muzik video..

Alhamdulillah....berkat kesungguhan dan usaha yang dilakukan tanpa henti...nama Kaio Studio semakin dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa seperti Mesir, Cairo dan Paris. Tugasan juga kian mencabar apabila dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan foto dan video bersama pereka fesyen dan selebriti terkenal seperti Melinda Looi, Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain




Kagum tak ?? Seorang anak Melayu berjaya bukan hanya di Malaysia malahan hingga ke peringkat antarabangsa. Antara pencapaian Kaio Studio:

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris 

2. Mothers Day Miracle Night with Datuk Siti Nurhaliza

3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka

4. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat Ungku Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.

5. Ceres Jewels Bollywood Gala Night

6. Pure Lens by Mawar Rashid

7. Official Video-man for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015

8. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis

9. Korporat Video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Kini, Kaio tidak lagi bergerak sendirian atau secara solo...Kaoi Studio telah mula merangka dan menyerap perintis baru yang meminati bidang fotografi dan video melalui kelas yang dianjurkan..


So..kalau ada yang berminat....jangan segan nak sebahagian dari 'Family Kaio Studio' atau ada yang nak photoshoot perkahwinan atau majlis rasmi ...untuk info lanjut boleh tengok kat salah satu link di bawah:

Website:  www.kaio.com

Instagram:  www.instagram.com/kaiostudio

Youtube:  www.youtube.com/kaiostudiotv

Twitter:  www.twitter.com/kaiostudio

Facebook:  www.facebook.com/kaiocreativestudio




Jom cuci mata tengok video klip hasil sentuhan Kaio Studio masa Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari...memang terbaik !! Semoga terhibur dengan aksi Family Kelab Blogger Ben Ashaari ya !!



Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , ,