Rambut Kekal Cantik dan Sihat Walau Bertudung

Lama dah Sal cari tips nak kekalkan rambut sihat....bagi wanita yang bertudung mesti rasa apa yang Sal rasa...paling tak best bila sikat rambut gugur...bukan sehelai dua...nak menitik air mata bila tengok..risau betul...

Tapi bila dapat baca info macam mana nak jadikan rambut kita lebih sihat walaupun bertudung...Sal rasa lega sikit...ingatkan susah ..rupanya tak jugak asalkan rajin dan disiplin...

Meh nak bagitau....
takut bila rambut banyak gugur (picca google)

Pertama:
Makan lebih sikit ikan dan kekacang...ia berupaya membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala..sebab ikan dan kekacang mengandungi protein...so kulit kepala dapat membuatkan kulit kepala lebih sihat

Kedua:
Elakkan cuci rambut guna air panas..bila panas akan hilang kelembapan pada rambut..sebenarnya kalau perasan rambut kita ada minyak semulajadi yang bertindak sebagai perapi...so bila terkena air panas...minyak akan hilang dan boleh mengakibatkan rambut kering dan mudah bercabang..sebaiknya cuci rambut guna air sejuk..dapat memberi kesegaran pada kulit kepala dan rambut

Ketiga:
Jangan sesekali ikat rambut terlalu ketat...kalau terlalu ketat akan menyebabkan rambut mudah putus dan akar rambut akan rosak...elakkan jugak ikat rambut dalam masa yang agak lama..sesekali lepaskan rambut supaya rambut dapat bernafas dan bebas..sebab tu masa tidur kita tak digalakkan ikat rambut...

Keempat:
Gunakan sikat yang sesuai...sikat yang tidak terlalu tajam di permukaan adalah lebih baik...kalau tajam nanti rosak kulit kepala...pilih yang bahagian hujung berbentuk bulat...kalau tak pasti nak beli sikat yang mana...dapatkan nasihat pakar rambut....

Kelima:
Waktu mandi..urutkan sikit kulit kepala...jangan garu kuat pulak..tak elok untuk kulit kepala..urutan yang lembut dapat melancarkan perjalanan darah di sebalik kulit kepala..

Keenam:
Elakkan penggunaan pengering rambut...yang ni Sal memang tak berapa gemar...lepas mandi biasakan guna tuala bila keringkan..lap secara lembut sebab rambut dikatakan sangat lemah waktu basah..mudah gugur kalau kita lap secara kasar...biarkan rambut kering secara semulajadi

Haa....dapat tak ?? Sal kalau lepas mandi rajin gak sapu serum pada rambut...biar lembut dan hujung rambut tak bercabang...beli kat Watson je...yang penting No Paraben..

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , , , , ,