Ragam Anak Bila Makan Di Restoran

Baru ni Mr Hubby melayan anak anak makan di Chicken Rice Shop...sory Along & Angah...ibu tak follow....layan Khalaf kat rumah...bukan apa...kalau semua pegi 'ribut' pulak kat sana...



Seronok la Khalish sebab memang permintaan dia nak makan kat restoran Chicken Rice..balik je terus Mr Hubby dok story...makan boleh tahan...Khaleef kurang sikit makan sebab tak berapa sihat...tapi makanla jugak walau sikit...

Dan part yang paling tak menahan Sal nak gelak bila Mr Hubby kata air tertumpah kat baju Khaleef...jadinya dia mintak bukak baju masa makan kat sana.. sabar jela kan...sampai ke sudah makan tanpa berbaju....huhuhu



Tak sampai hati bila tak tunaikan permintaan anak anak...sekejap betul masa berlalu...bila tenung anak anak mesti rasa nak nangis...makin besar dah masing masing...moga anak anak ibu membesar jadi insan yang soleh...dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberkati oleh Ilahi...amin...

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Labels: , , , ,