7 Makanan Superb Kuruskan Berat Badan

Belek Majalah Wanita...
tak pernah umo beli...ntah macam mana tertarik nak beli kalini..
jangan la terbuka hati nak langgan...
sehingga ke hari ini, hanya PA&MA bertahta di hati..
maybe salah satu sebab anak-anak masih kecik..

Meh kita tengok..makanan apa yang boleh bantu kuruskan badan...

1. Coklat
Ini bukan gurauan. Kajian menjelaskan pengambilan coklat hitam mampu meningkatkan antioksidan dan metabolisme tubuh. Jangan jadikan fakta ini sebagai alasan untuk makan coklat terlalu banyak. Bersederhana dalam pengambilan adalah kunci untuk merasai kesan kehebatan makanan ini.

2.  Kacang
British Journal of Nutrition mendapati seseorang mampu berasa kenyang selepas bersarapan dengan sapuan mentega kacang atau kacang. Makanan ini akan merangsang penghasilan hormon peptide YY (sejenis hormon merangsang rasa kenyang berpanjangan). Jangan terlalu banyak, cukup sekadar dua sudu mentega kacang atau satu auns kacang.

3. Teh
Teh mengandungi bahan antioksidan yang mampu membantu tubuh meleraikan lemak dengan lebih pantas. Fakta ini berdasarkan ameta-analysis of studies yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.
 
4. Kacang Kuda
Kajian oleh Journal of Nutrition & Science menagatakan individu yang memilih kacang sebagai snek dilihat lebih kecil lapan peratus berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Mengapa? Makanan ini akan membuatkan individu merasa kenyang kerana ianya terkandung protein dan berserat tinggi.

5. Oat Bran
Oat merupakan kumpulan gandum yang bertekstur lebih halus dari oatmel. Berupaya menghilangkan rasa lapar di kala malam dan makanan ini mempunyai kebaikan seperti kacang kuda.

6. Prun
University Liverpool, United Kingdom berjaya mengesan individu yang makan buah ini secara konsisten mampu menurunkan berat badan kerana prun mengandungi bahan rahsia yang hebat bernama serat.

7. Avokado
Jadikan separuh bahagian buah avokado yang dipotong dua sebagai sebahagian dari makanan tengahari. Ia mengandungi serat yang tinggi, kalium serta lemak baik di dalam permukaan hijaunya dan berupaya menyekat ransangan kelaparan sehingga tiba masa makan malam. Secara tak langsung akan menghalang dari menguyah makanan merapu di antara waktu malam.


So...apa kata kita try...tak susah pun kan...
Jom Kurus!

No comments:

Post a Comment

Pandangan Yang Tidak Sesuai..Tidak Akan Diterbitkan...Harap Maklum..