Bila Ada Yang Irihati

 Setiap manusia pasti mempunyai kelebihan tersendiri...
tapi adakalanya kelebihan yang dimiliki akan membuatkan kengkawan di sekeliling
merasa senang atau sebaliknya..

Kita perlu ingat...kelebihan merupakan suatu kurniaan yang tiada nilainya dari Allah SWT..
 
Tertarik pulak nak sentuh hal kelebihan kita yang tidak disenangi oleh rakan-rakan...
biasalah..adakalanya kelebihan yang dimiliki seseorang itu akan menjadi sasaran 
kedengkian dan iri hati orang sekeliling...


Harini nak sharing sedikit tips yang boleh dilakukan dalam menghadapi
kengkawan yang iri hati:

1. Menjaga Sikap dan Ucapan

Perlu muhasabah diri...dan tanya balik kenapa kengkawan merasa iri hati dengan kita...adakalanya kita tak sedar apa yang kita keluar cakap atau sikap yang boleh membuatkan orang lain sakit hati, sedih atau marah.


2. Mengelakkan Diri

Apabila berhadapan dengan kengkawan yang sakit hati dengan kita...cuba hindarkan diri buat sementara waktu..jangan dekatkan diri dan cubalah cari tempat yang selesa..
Bagi yang muslim, digalakkan berwuduk kerana wuduk dapat menenangkan fikiran.


3. Berbicanglah Dari Hati ke Hati..

Ajaklah kawan yang iri hati berjumpa dan cuba bertanya atau bercakap dari hati ke hati..
tanyalah apa yang membuatkan dia terasa hati dan jangan lupa untuk memohon maaf apabila kita salah samada dalam sikap dan ucapan seharian.

Ingatan bersama...Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan


4.  Berdoalah

Berdoalah agar sahabat...jiran tetangga dan orang yang merasa iri hati dengan kita dilembutkan hatinya dan dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat iri hati itu adalah penyakit hati.

Berdoalah kepada Allah ..menyerahkan semuanya kepada Allah SWT.

Wallahu'alam

Sumber: akuislam.com

2 comments:

  1. salam singgah. biasa la kan manusia, irihati hasad dengki ni memang tak boleh nak dielakkan. kadang2 kita rasa macam takda buat salah apa tapi orang tetap macam tu ngan kita

    ReplyDelete
  2. Salam Sal...Lya singgah sini..bila ada yg punya sifat cam gini ..kita nk berkwn pon rasa tk best jerr

    ReplyDelete

Pandangan Yang Tidak Sesuai..Tidak Akan Diterbitkan...Harap Maklum..