TLDM diuji lagi...
#CB204...semoga semua krew selamat |
Sebuah Bot Tempur CB90 TLDM yang
akan ditugaskan untuk beroperasi
di kawasan Terumbu Layang- Layang (Stesen Lima
TLDM) telah
hilang perhubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD PAUS semasa
dalam perjalanan ke stesen tersebut. Kehilangan perhubungan komunikasi radio
ini berlaku dalam cuaca buruk di sekitar Pulau Mengalum.
KD PAUS dan Bot #CB204 telah belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk
melaksanakan tugasan di kawasan operasi pada 5 Okt jam 5 pagi.
Operasi mencari
sedang dilaksanakan oleh aset TLDM, APMM dan aset udara TUDM. Walau
bagaimanapun sehingga kini bot masih belum ditemui.
Krew bot tempur milik TLDM
ini terdiri daripada tujuh orang dan diketuai
oleh Leftenan Azri bin Bakar
TLDM.
Operasi mencari masih diteruskan mengikut prosedur sedia ada.
Seluruh rakyat Malaysia diharapkan agar dapat mendoakan keselamatan serta kesejahteraan anak-anak kapal yang terlibat.
Amin...
Semoga semuanya selamat ya Sal..
ReplyDeleteAlhamdulillah , dah jumpa.
ReplyDelete